Ahad, 14 Mac 2010

SEJARAH 5 KOMPENI KOR ORDNANS DIRAJA


PENDAHULUAN
1. Pada 1 Mac 1964, 5 Kumpulan Simpanan Senggara (KSS) telah ditubuhkan di Kem Fairyland, Labuan, Sabah. Depoh ini dipertanggungjawab untuk memberi bantuan alat-alat kelengkapan kepada pasukan-pasukan bawah naungan 5 Bgd yang berada di Sabah.

2. Memandangkan kebanyakan pasukan-pasukan bertempat di Tawau, 101 BOS (Bde Ordnance Section) ditubuhkan di Tawau pada tahun 1966. Pada tahun yang sama juga Detesmen Platun Peluru ditempatkan di Kem Kubota, Tawau. Pada 1 Okt 1970, 5 KSS telah dibubarkan dan dikenali sebagai 1 Depot Kelengkapan Depan (1 DKD). 101 BOS juga dimansuhkan kerana Markas 5 Bgd berpindah ke Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

3. Pada akhir 1973, 1 Depot Peluru Depan (DPD) yang bertempat di Kem Fairyland dipindahkan ke depot yang baru di Pengkalan Tentera Udara Malaysia, Labuan. Pada Mei 1976, 1 DKD ditubuhkan di Kem Lok Kawi untuk mentadbir pemindahan stro daripada Labuan dan Penempatan di Twau.

4. Pada 1 Jan 1980, perjawatan 1 DPD telah digabungkan ke dalam perjawatan 1 DKD dan dinamakan Platun Peluru 1 DKD. Pada 1 Dis 1981, 1 DKD ditukarkan nama kepada 76 DKD. Pada tahun 1982 pasukan telah berpindah ke Labuan sehingga bulan Ogos 1987. Pada awal Sep 1987 pasukan telah berpindah ke Kem Lok Kawi dan ditukar nama kepada 5 Kumpulan Ordnans Briged dan kini dikenali sebagai 5 Kompeni Kor Ordnans Diraja (5 KOD).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan